KHAIFIAT BERWUDUK




Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.Pernahkah kita terfikir dengan perintah ALLAH S.W.T dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?Kenapa tangan bersama air menyentuh angota-anggota tubuh?Kenapa wajah yang dibasuh?Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya ALLAH maha mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah :
  • Setiap perintah Allah S.W.T tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya.Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk.Mata,hidung,telinga dan seluruh kulit tubuh.Ini betul-betul luar biasa.
  • Ahli syaraf/neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
  • Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan?Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?Lalu kemudian amati rukun wuduk.InsyaALLAH kita akan menemui persamaan antara keduanya.
  • Pada anggita badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima rangsangan terhadap sentuhan berupa basuhan,gosokan,usapan,dan tekanan /urutan ketika melakukan wuduk.Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel,jaringan,organ dan sistem organ yang bersifat terapi.Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis(keseimbangan).Titik-titik akupuntur,suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyariatkan abad ke lima belas yang lalu.
JUMLAH TITIK AKUPUNTUR PADA ANGGOTA WUDUK (rukun/sunat)
  • Muka-84
  • Tangan-95
  • Kepala-64
  • Telinga-125
  • Kaki-125
  • JUMLAH=493 titik
Ternyata terdapat 493 titik penerima rangsangan pada anggota wuduk.SUBHANALLAH!!Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit lima kali sehari.Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk.Mengapa?Cuba ingat semas
a kita membasuh tapak tangan dan kaki.Apakah celah-celah jari kita abaikan?Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan :
  • Dari ilmu ahli akupuntur,di celah-celah jari terdapat 16 titik akupuntur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istimewa yang dapat mengubati migrain,sakit gigi,tangan/lengan merah,bengkak,dan jari kaku.
  • Berkenaan telinga pula,walaupun ia adalah sunat ia mengandungi 30 titik rangsangan.Maka,semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja,tapi harus dengan urutan lembut juga.Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk,kerana setiapnya mempunyai titik penerima rangsangan.
Titik akupuntur di telinga ialah 125.Jika sekali disentuh semasa mengambil wuduk?SUBHANALLAH..sungguh luar biasa wuduk.

Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada anda.



WALLAHUALAM